KELAB KEMBARA SJK(T) VAANMUGIL
Tuesday, 6 February 2018
KERTAS KERJA EKSPEDISI MENDAKI BUKIT BANGKONG
ANJURAN KELAB KEMBARA SJK(T) VAANMUGIL
1.0 TUJUAN
Tujuan kertas kerja ini diadakan adalah
untuk memohon pertimbangan dan kelulusan program serta bantuan kewangan dari
pihak sekolah untuk menjayakan Ekspedisi mendaki Bukit Bangkong.
2.0 PENGENALAN
Ekspedisi
pendakian dan penerokaan alam merupakan program kali pertama dibuat oleh Kelab
Kembara SJKT Vaanmugil. Ianya merupakan satu usaha bagi meningkatkan kesedaran
kepada murid-murid tentang penjagaan alam sekitar serta memberi satu alternatif
kepada murid-murid tentang gaya hidup sihat. Seperti yang telah sedia maklum,
para pelajar biasanya telah banyak meluangkan masa dalam meningkatkan akademik
mereka sehingga mereka terlupa untuk mengamalkan gaya hidup sihat sehingga
memberi alasan bahawa amalan gaya hidup sihat satu perkara yang melecehkan dan
membosankan. Di samping itu juga, masih ramai yang tidak sedar bahawa
pencemaran alam sekitar sering sahaja berlaku termasuklah di kawasan-kawasan pelancongan
di Malaysia. Sehubungan dengan itu, program ini
mahu mendedahkan kepada pelajar tentang kesedaran perihal alternatif
yang menyeronokkan untuk mengamalkan gaya hidup sihat serta pentingnya
penerokaan alam secara berhemah.
3.0 MISI
Membentuk dan
menyemai budaya dan gaya hidup sihat yang menyeronokkan serta kepentingan
penerokaan alam secara berhemah kepada murid-murid sekolah.
4.0 MATLAMAT
Untuk membina
semangat gaya hidup sihat dalam diri murid dengan melibatkan diri dalam
aktiviti-aktiviti yang dirangka oleh Kelab Kembara SJK(T) Vaanmugil sebagai
badan yang bertanggungjawab menjaga kebajikan para murid dan seterusnya
melahirkan murid-murid yang mampu hidup dengan lebih aktif dalam suasana yang
harmoni untuk semua pihak.
5.0 OBJEKTIF
Pihak
jawatankuasa pelaksana menggariskan beberapa objektif yang perlu dicapai:
antaranya ialah,
5.1 Melatih murid-murid dalam kemahiran
sosial dan kebertanggungjawaban. Tingkah laku bertanggungjawab terhadap diri
dan orang lain, kepekaan kepada alam sekitar dan kepekaan dan
kebertanggungjawaban terhadap situasi sosial seperti perpaduan dan kemiskinan.
5.2 Melahirkan murid-murid yang mempunyai
kemahiran nilai, sikap, etika dan profesionalisme. Menunjukkan tingkah laku
profesional sesuai dengan etika kerjaya, melaksanakan tanggungjawab dengan
integriti dan amanah dan menunjukkan sikap kesukarelawanan.
5.3 Mendedahkan
kepada murid-murid kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan. Menjadi pemimpin
atau pengikut sesuai dengan konteks, membina kerja berpasukanuntuk mencapai
maklumat yang disepakati dan membantu rakan-rakan secara proaktif.
6.0 ANJURAN
Kelab Kembara SJK(T) VAANMUGIL
6.0 TARIKH,TEMPAT DAN MASA
Program
ini dicadangkan untuk diadakan pada:
Tarikh
:28 Februari 2018
Hari
: Rabu
Masa
: 7.00 Pagi – 4.00 Ptg
Tempat:
Bukit Bangkong, Chemor
7.0 PENGLIBATAN AHLI MURID DAN GURU
24 Orang murid-murid yang terdiri
daripada ahli Kelab Kembara
1
Guru
pembimbing
8.0 STRUKTUR ORGANISASI
NAMA DAN
JAWATAN
|
BIDANG TUGAS
|
Penaung
Krishna Kumar A/L Varatharaj
Guru Besar SJKT Vaanmugil
|
Meluluskan kertas kerja
|
Penasihat
Agilandeshwari A/P Rama lingam
Priyatarsini A/P Othayakumaran
|
Menyemak kertas kerja dan memantau perjalanan
program
|
Pengerusi
Anusha A/P Ramu
|
Memberi garis
panduan dan menentukan program yang dijalankan
|
Naib Pengerusi
Sanggetha A/P Nathan
|
Membantu
pengerusi dalam memastikan program berjalan dengan lancar.
|
Setiausaha
|
Membuat surat,
laporan setiap gerak kerja yang dijalankan berkaitan program
|
Naib Setiausaha
Lavania A/P Uthayakumar
|
Membantu
setiausaha dalam melakukan gerak kerja berkaitan program
|
Bendahari
Thevalozheny A/P Ramalu
|
Membuat
perbelanjaan berdasarkan kewangan program yang telah diberi serta membuat
catatan pengeluaran wang yang digunakan.
|
AJK PROTOKOL
-Rathiarasi A/P Ramasamy
-Keerthana A/P Balakrishnan
AJK PENGANGKUTAN
-Yogeswary A/P Veerasamy
-Mishalini A/P Palanisamy
AJK MAKANAN
-Sharmila
Devi A/P Nagendran
- Kanagapriya
A/P Manimaran
AJK PERALATAN
-Athavan A/L Sukumaran
-Maha Veera Prasad A/L Kuppan
9.0 TENTATIF PROGRAM
MASA
|
AKTIVITI
|
6.00 Pagi
|
Pendaftaran pelajar
|
6.15 Pagi
|
Sarapan pagi
|
6.35 Pagi
|
Taklimat mengenai keselamatan semasa
mendaki bukit
|
7.00 Pagi
|
Pengagihan kumpulan
|
7.10 Pagi
|
Senaman ”waming up”
|
7.30 Pagi
|
Mendaki bukit
|
10.30 Pagi
|
Mencapai puncak bukit dan melakukan
aktiviti riadah
|
12.30 Petang
|
Menurun bukit
|
3.30 Petang
|
Melengkapkan pendakian bukit
|
3.45 Petang
|
Melakukan senaman “cooling down”
|
4.00 Petang
|
Balik ke sekolah
|
10.0
BELANJAWAN
11.0 PENUTUP
Ahli
jawatankuasa Kelab Kembara SJKT Vaanmugil berharap bahawa program ini dapat
dijalankan secara sistematik dan teratur tanpa sebarang halangan. Penyertaan
murid dan juga para guru amat digalakkan untuk menjayakan program ini. Kami
juga berharap program ini dapat memberi impak yang positif dalam peserta yang
menyerta program ini. Suatu mesyuarat ‘’post-mortem’’ akan diadakan untuk
membincangkan kekuatan dan kelemahan yang terdapat dalam program ini.
Disediakan
oleh,
_______________________________
(TURKGA
A/P SINNASAMY)
Setiausaha
Program Ekspedisi Mendaki Bukit Bangkong
Kelab
Kembara SJKT Vaanmugil
Disemak oleh,
_________________________________________
(ANUSHA A/P RAMU)
Pengerusi Ekspedisi Mendaki
Bukit Bangkong
Kelab Kembara
SJK(T) Vaanmugil
Disahkan
oleh,
(KRISHNA KUMAR A/L VARATHARAJ)
Guru Besar SJKT Vaanmugil
Tuesday, 23 January 2018
TUJUAN PENUBUHAN KELAB KEMBARA
- MELAHIRKAN ANAK MURID YANG BERKEPIMPINAN TINGGI,AKTIF DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN
- MENGADAKAN AKTIVITI KE ARAH MENDEKATKAN AHLI-AHLI DALAM BIDANG PENEROKAAN ALAM SEMULA JADI DISAMPING MEMBERI PELUANG KEPADA AHLI-AHLI MENDALAMI ILMU PENGETAHUAN DALAM PENEROKAAN DAN PENGEMBARAAN,DISIPLIN DIRI,KEYAKINAN DAN SEBAGAINYA.
-MENJALANKAN AKTIVIT-AKTIVIT SUKAN DAN REKREASI LAIN-LAIN AKTIVITI YANG BOLEH MEMBERI MANFAAT
- MENGADAKAN AKTIVITI KE ARAH MENDEKATKAN AHLI-AHLI DALAM BIDANG PENEROKAAN ALAM SEMULA JADI DISAMPING MEMBERI PELUANG KEPADA AHLI-AHLI MENDALAMI ILMU PENGETAHUAN DALAM PENEROKAAN DAN PENGEMBARAAN,DISIPLIN DIRI,KEYAKINAN DAN SEBAGAINYA.
-MENJALANKAN AKTIVIT-AKTIVIT SUKAN DAN REKREASI LAIN-LAIN AKTIVITI YANG BOLEH MEMBERI MANFAAT
RANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN KELAB KEMBARA
KELAB
KEMBARA SJK(T) VAANMUGIL
SESI
|
MASA
|
GURU PENASIHAT
|
PETANG
|
|
AGILANDESHWARI A/P RAMA
LINGGAM
PRIYATARSINI A/P
OTHAYAKUMARAN
|
BILANGAN
|
TARIKH
|
RANCANGAN
AKTIVITI
|
CATATAN
|
1
|
10.1.2018
|
MESYUARAT AGUNG 2017 DAN
PELANTIKAN AHLI-AHLI BARU KELAB KEMBARA
|
|
2
|
24.1.2018
|
MENGHASILKAN SLOGAN DAN
LOGO BARU KELAB KEMBARA 2018
|
|
3
|
7.2.2018
|
CERAMAH TENTANG PENGENALAN
KEPADA ‘’VISIT MALAYSIA 2018’’
|
|
4
|
14.3.2018
|
GOTONG ROYONG DI TAMAN
REKREASI YANG BERDEKATAN
|
|
5
|
4.4.2018
|
MELUKIS MURAL BERTEMAKAN
TEMPAT PELANCONGAN DI MALAYSIA
|
|
6
|
18.4,2018
|
SAMBUNGAN SENTUHAN CAT
PADA MURAL
|
|
7
|
23.5.2018
|
PERTANDINGAN KAYUHAN
BASIKAL
|
|
8
|
23/24.6.2018
|
PERKHEMAHAN DI SUNGAI INKI
|
|
9
|
18.7.2018
|
EXPLORE RACE
|
|
10
|
25/26.8.2018
|
MENDAKI GUNUNG KINABALU
|
|
11
|
15/16.9.2018
|
SAMBUTAN HARI MERDEKA
|
|
12
|
17.10.2018
|
MEMBERI PENGIKTIRAFAN
KEPADA AHLI KELAB KEMBARA
|
|
Subscribe to:
Posts (Atom)